Sudahkah anda menjelaskan Zakat Fitrah?


"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)




"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)




"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)


Bismillahhirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera dear readers. Post kali ini, ingin ku berbicara tentang zakat fitrah.. Sudahkah anda menjelaskannya? Perlukah anda menjelaskannya? Siapa yg patut menjelaskannya? haaa... jawab jangan tak jawab..

Baiklah.. before we get started, perlulah kita tahu apakah cerita di sebalik zakat fitrah.. Takkan korang beli sesuatu tanpa kita tahu mengapa harus kita bayarnya?Tak boleh free ke? Tak masuk dek akal langsung.

Ambillah masa selama 10-15min untuk memahami kepentingan berzakat. Tak lame pon. Ilmu untuk dikongsi bersama.. Boleh share dengan awek/mamat hensem sebelah korg tu.. takpon dlm facebook.. Click ler Link share dengan logo F (facebook ler ape lagi) dkt bawah post nie.. SELAMAT MEMBACA dan BERZAKAT! :)

*Sumber2 diambil dari laman web Lembaga Zakat Selangor (MAIS)


Pengertian Zakat


DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


DARI SEGI SYARAK

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada 5 rukun Islam. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

2. Membersihkan diri pembayar zakat.

3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.

5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.

6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

7. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

8. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

9. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


Siapa yang wajib membayar zakat?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:


1. ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.


2. MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.


3. SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.


4. HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.


5. CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.


6. CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.



Apakah harta yang wajib anda zakatkan?
Ada 2 jenis zakat iaitu:

1. Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


2. Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

a) Zakat Emas dan Perak
b) Zakat Perniagaan
c) Zakat Binatang Ternakan
d) Zakat Pertanian
e) Zakat Wang
f) Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *
g) Zakat Saham
h) Zakat Pendapatan


Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.


Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).


Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)



Asnaf Zakat

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Habis tu, sape yang layak terime zakat nie? makcik? pakcik? sedare? jiran? jawapannya di bawah.. 8 golongan yang layak menerima zakat.

1. ASNAF FAKIR
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.


2. ASNAF MISKIN
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.


3. ASNAF AMIL
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.


4. ASNAF MUALLAF
Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.


5. ASNAF RIQAB
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.


6. ASNAF GHARIMIN
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.


7. ASNAF FISABILILLAH
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.


8. ASNAF IBNI SABIL
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya. Pengembaraan diharuskan oleh syarak.


Dua gambar di bawah menunjukkan jika anda membayar zakat di WPKL, inilah resit zakat yang bakal anda terima. Renung2kan dan selamat beramal! :)




No comments: