Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Nasihat Imam Al-Ghazali

Gambar di atas hanya sekadar hiasan semata2


Assalamualaikum w.b.t dear readers. Lately, aku byk spend mase terluang membace articles baik secare on9 atau off9 (Buku2 dan Suratkhabar). Kadangkala, duduk bertapa sorg2 dalam bilik nie ada baiknya. Jgn ade yg jadi mereng atau bunuh diri sudahhhh.. hahahaha...

Anyway, aku teringatkan nasihat aku kepada peserta2 Kem Motivasi ketika aku bertugas sebagai Camp Consultant dan juga Fasilitator.. Yes aku pernah keje dalam hutan (Kem Motivasi) selama 3 bulan. Banyak yg aku belajar dalam tempoh yg singkat itu.. Aku tau korg mesti nk gelak tapi aku mmg terkenal dlm sifat suka mencuba kerje yg langsung x berkait dgn ape aku belajar waktu kolej.

Apepon, hari nie aku nk kongsi dgn korg Nasihat, Pesan atau boleh juga dikatakan soalan Imam Al- Ghazali kepada anak2 muridnya.


*Sumber diambil dari Internet dan diubahsuai bahasanya untuk memastikan pembaca yg kurang islamic terus membace (Bukan kau, kawan kau tu).. hahahaha..


Soalan pertama dari Imam Al-Ghazali, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, keluarga, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI".

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
( Surah Ali Imran 185 )


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab , bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".

apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mungkin dapat kembali ke masa lalu (korang jgn terpengaruh dengan cerita Back to the Future pulak). Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari.

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU".

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )


Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah.

kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
( Surah Al Ahzaab 72 )


Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan.

kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. Gara2 DOTA, WOW, COD4, Movie, Konsert kita meninggalkan solat (Amek kau kene batang hidung aku sendiri jugak).


Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...

Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".

Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Yang baik datang dari ALLAH S.W.T dan yang lemah lagi buruk datang dari kelemahan dan kealpaan saya sendiri (TIbe2 bahase dari aku bertukar menjadi saye)... Anyway, aku harap korang dpt kongsi cerita ini agar dijadikan iktibar. Sambil2 lepak mamak tu selit2 la bab2 islamic sket.. Renung2kan dan Selamat Beramal. :)

Sudahkah anda menjelaskan Zakat Fitrah?


"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)




"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)




"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)


Bismillahhirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera dear readers. Post kali ini, ingin ku berbicara tentang zakat fitrah.. Sudahkah anda menjelaskannya? Perlukah anda menjelaskannya? Siapa yg patut menjelaskannya? haaa... jawab jangan tak jawab..

Baiklah.. before we get started, perlulah kita tahu apakah cerita di sebalik zakat fitrah.. Takkan korang beli sesuatu tanpa kita tahu mengapa harus kita bayarnya?Tak boleh free ke? Tak masuk dek akal langsung.

Ambillah masa selama 10-15min untuk memahami kepentingan berzakat. Tak lame pon. Ilmu untuk dikongsi bersama.. Boleh share dengan awek/mamat hensem sebelah korg tu.. takpon dlm facebook.. Click ler Link share dengan logo F (facebook ler ape lagi) dkt bawah post nie.. SELAMAT MEMBACA dan BERZAKAT! :)

*Sumber2 diambil dari laman web Lembaga Zakat Selangor (MAIS)


Pengertian Zakat


DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


DARI SEGI SYARAK

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada 5 rukun Islam. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

2. Membersihkan diri pembayar zakat.

3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.

5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.

6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

7. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

8. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

9. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


Siapa yang wajib membayar zakat?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:


1. ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.


2. MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.


3. SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.


4. HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.


5. CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.


6. CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.



Apakah harta yang wajib anda zakatkan?
Ada 2 jenis zakat iaitu:

1. Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


2. Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

a) Zakat Emas dan Perak
b) Zakat Perniagaan
c) Zakat Binatang Ternakan
d) Zakat Pertanian
e) Zakat Wang
f) Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *
g) Zakat Saham
h) Zakat Pendapatan


Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.


Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).


Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)



Asnaf Zakat

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Habis tu, sape yang layak terime zakat nie? makcik? pakcik? sedare? jiran? jawapannya di bawah.. 8 golongan yang layak menerima zakat.

1. ASNAF FAKIR
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.


2. ASNAF MISKIN
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.


3. ASNAF AMIL
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.


4. ASNAF MUALLAF
Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.


5. ASNAF RIQAB
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.


6. ASNAF GHARIMIN
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.


7. ASNAF FISABILILLAH
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.


8. ASNAF IBNI SABIL
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya. Pengembaraan diharuskan oleh syarak.


Dua gambar di bawah menunjukkan jika anda membayar zakat di WPKL, inilah resit zakat yang bakal anda terima. Renung2kan dan selamat beramal! :)




Mengapa kita dipertemukan dengan orang yang salah?


*Thanks to my SMKTM junior for sharing this in her Facebook.

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai
oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu
saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan
kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..