47 Ronin Movie Review

 I got lucky yesterday. Few minutes after aku post trailer 47 Ronin dekat Facebook aku, my ex-colleague dkt Fly FM offered me his ticket sebab dia tak berkesempatan untuk tengok. Semalam the movie screening was by One FM and the movie is actually 3D! Rasenye since i left Media Prima Radio memang dah tak tengok screening nie.

Movie Poster : Source - theentertainmentwallpaper.com

Ok, now let's talk about the movie. What is it all about and is it worth it? Before that, untuk pengetahuan korang, filem nie mula2 dishoot dalam bahasa jepun and then shoot lagi sekali dalam bahasa Inggeris. Jadi most of the actors and actress sound a bit awkward kecuali Keanu Reeves. 47 Ronin was inspired by true events in Japan way back in 18th - Century. Ronin bermaksud Samurai yang tidak bertuan. How did it all come to this? The story is about a half-breed or kita dekat Malaysia panggil "mix" iaitu Keanu Reeves yang memegang watak Kai. Kai nie budak lelaki misteri yang melarikan diri jauh ke dalam hutan dan dijumpai oleh Oishi (Hiroyaki Sanada) dan Lord Asano dan sejak dari hari itu Kai dibesarkan oleh mereka namun sentiasa dipandang rendah kerana dia bukanlah seorang samurai dan apetah lagi dia bukan berbangsa jepun asli. Antara konflik yang berlaku dalam filem ini adalah bila Lord Asano cuba untuk membunuh Lord Kira yang dijemput hadir ke tempatnya untuk pertandingan beradu tenaga di antara 2 samurai dari dua daerah yang berbeza ini. Disebabkan peristiwa ini, Lord Asano dijatuhkan hukuman mati oleh Shogun dan Samurai-Samurai yang berkhidmat untuknya kini hidup dalam buangan (hidup sebagai Ronin) dan tidak dibenarkan untuk menuntut bela. Setahun berlalu, Puteri Lord Asano iaitu Mika dijadualkan untuk berkahwin dengan Lord Kira, namun perkahwinan mereka bakal digagalkan oleh 47 Ronin yang kembali untuk menuntut bela di atas kematian Lord Asano. Filem ini menggunakan banyak efek-efek khas namun ianya lebih untuk mereka yang sabar untuk mengikuti jalan cerita yang agak slow. Selain itu, filem ini juga menceritakan kepercayaan dan amalan mistik dan black magic yang digunakan demi mengekalkan kuasa selain percintaan yang terhalang di antara Kai dan Mika. Personally, my rating is 6.5 out of 10. Enjoy the movie! 

47 Ronin Official Trailer by Universal Studios


No comments: